Haji | Kos tahun 2022 naik antara RM1,000 - RM3,000

2022-04-22 0

Lembaga Tabung Haji (TH) hari ini mengumumkan kos bayaran jemaah haji bagi tahun 2022 meningkat RM2,500 seorang jemaah susulan caj pelbagai perkhidmatan dan cukai yang dikenakan kerajaan Arab Saudi.

Perkara itu dimaklumkan Pengarah Urusan Kumpulan dan Ketua Pegawai Eksekutif Tabung Haji (TH), Datuk Seri Amrin Awaluddin dalam sidang media di Menara Tabung Haji di ibu negara pada Jumaat.